ALOR SETAR:Hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) mendapati keadaan di bandaraya Alor Setar begitu lengang berbanding suasana dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Tinjauan Astro AWANI di sekitar Pekan Rabu, Aman Central dan City Plaza mendapati pergerakan orang ramai berkurangan.
Ini menunjukkan tahap kepatuhan penduduk di negeri Jelapang Padi ini dengan arahan tegas pihak berkuasa seterusnya meningkatkan kesedaran terhadap bahaya COVID-19.
Bagi seorang penduduk, Hayazi Rozi, 38, jika bukan kerana ada urusan penting yang perlu diselesaikan, dia lebih rela duduk di rumah berbanding keluar dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.
Hayazi yang juga seorang ahli perniagaan memahami kelonggaran yang diberikan kerajaan berbanding PKP tahun lalu tidak bermakna masyarakat bebas keluar sesuka hati tanpa tujuan.
“Perlu jaga diri sebab kebebasan yang diberi pun kita masih dalam daerah kita sahaja, kita bukan boleh bergerak jauh. Kalau ada keperluan baru kita keluar, kalau tidak ada tidak perlu, tak payah keluar.
“Macam saya hari ini, keluar pun sebab untuk perbaharui cukai jalan dan insuran kereta sebab itu datang sini,” katanya.
PKP 2.0 yang akan dilaksanakan sehingga 4 Februari ini bagaimanapun memberikan kelegaan kepada peniaga makanan Mohd Irfan Kamarudin, 24.
Katanya, ini adalah kerana pada PKP sebelum ini, peniaga makanan sepertinya tidak dibenarksan beroperasi.
Menurut Mohd Irfan, walaupun keizinan operasi perniagaan diberikan dengan hanya menjual secara bungkus dan bawa pulang, peluang itu akan dimanfaatkannya dengan sebaik mungkin untuk mencari rezeki.
“Pelanggan yang datang membeli secara bungkus, mungkin dapat mengurangkan lagi penyebaran COVID-19,” kata Mohd Irfan.
Sementara itu, kelonggaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) yang membenarkan solat Jumaat dilakukan di masjid juga memberi kelegaan kepada jemaah Masjid Al-Bukhary.
Bagi Ahli Jawatankuasa masjid berkenaan, Azawudin Salleh, 72, hanya jemaah yang mempunyai pas sahaja dibenarkan memasuki rumah ibadah itu dengan jumlah kapasiti 50 orang.
Solat Jumaat pada kali ini juga, kata beliau, tidak harus melebihi 45 minit bermula dari azan sehingga selesai solat, sementara solat fardu pula perlu diselesaikan dalam tempoh 20 minit.
“Ada sebahagian jemaah tiada pas masuk masjid tetap ingin masuk solat bersama-sama, kasihan juga sebab mereka mahu solat, tapi tiada pilihan lain sebab jemaah hanya 50 dibenarkan untuk solat Jumaat.
“Ini syarat dan SOP (prosedur operasi standard) yang dikeluarkan oleh kerajaan, kita kena ikut, patuh, kita bimbang bend aini (COVID-19) akan berjangkit lagi, kalau kita boleh hentikan dalam masa dua minggu ini, Alhamdulillah,” kata Azawudin.
Daerah Kota Setar kini berada dalam zon merah dengan jumlah kes jangkitan setiap hari melebih 100 orang.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Jan 22 2021
Bandaraya Alor Setar sunyi sepi dengan pergerakan kenderaan yang sangat berkurangan pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan 2.0. - Gambar Astro AWANI
Legenda bola sepak Perancis Cantona persoal sikap dunia terhadap Israel
Legenda bola sepak Perancis, Eric Cantona mempertikaikan sikap dunia terhadap Israel.
20 ahli 'Geng TR' dihadapkan ke mahkamah
20 individu dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang, Geng TR sejak lima tahun lepas.
Pengadu tarik balik laporan, anggap kes dipukul pengawal peribadi hanya salah faham - Polis KL
Rusdi berkata laporan polis kedua dibuat pengadu bagi menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik, serta tidak mahu memanjangkan kes.
SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M - Azam Baki
SPRM membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
2 maut nahas pesawat di Ecuador, kemalangan udara ke-4 dalam tempoh 2 bulan
Dua orang terbunuh dan seorang cedera pada Selasa apabila pesawat kecil mereka terhempas di Santa Rosa, wilayah pantai selatan El Oro, Ecuador, kata Direktorat Jeneral Penerbangan Awam.
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan rasmi beliau di Beijing pagi ini dengan menghadiri mesyuarat pre-council.
MIDF jangka inflasi naik sedikit pada tahun ini
Inflasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) yang meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun pada April 2024 menunjukkan tekanan kos yang lebih tinggi untuk perniagaan tempatan, menurut MIDF Research.
Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama
Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Empat lelaki ditahan disyaki ceroboh Pusat Hidrografi Nasional
Empat lelaki warga asing ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Pulau Indah, Klang dekat sini pada Ahad lepas.
Pesawat tentera AS terhempas
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat terhempas berhampiran Albuquerque Sunport pada Selasa.
Hari pertama PKP 2.0 di Kedah, bandaraya Alor Setar lengang
Tinjauan Astro AWANI di sekitar Pekan Rabu, Aman Central dan City Plaza mendapati pergerakan orang ramai berkurangan.